Skip to main content

15 TIPS PENYEJUK HATI

1. NUR KEIMANAN YANG MEMANCAR DI WAJAH
Alat Solekan tidak dapat memancarkan Nur Keimanan pada wajah wanita. Hanya amal Ibadah yang dilakukan dengan Ikhlas kerana ALLAH,
Senyuman yang sentiasa terukir sebagai sedekah dan sentisa bermanis muka walau ditimpa dugaan kerana bersabar itulah yang akan memancarkan Nur Keimanan yang menyejukkan hati orang yang melihatnya.
PANDUAN MENINGKATKAN NUR KEIMANAN

Ø Sentiasa taat kepada ALLAH dan Rasul.
Buat apa yang ALLAH suruh,
tinggalkan apa yang dilarang. (2 in 1)

Ø Rajin amalkan Wuduk, Zikir, Selawat,
membaca Al-Quran, Tahajjud, Berdoa.

Ø Contohi wαnitα-wαnitα Syurgα.

Wαnitα-wαnitα hebαt umpαmα:
a. Sαiyyidαtina Khαdijah yang merupakan wanita pertama yang memeluk Islam.
b. Sumαyyαh; wanita pertama syahid.
c. Mαryαm; taat beribadah kepada ALLAH.

Ø Tidak ada sesiapapun yang tidak ingin
kelihatan cantik baik lelaki mahupun wanita.

Ø “ALLAH itu Indah
dan DIA menyukai yang Indah-indah,
Murah hati dan menyukai Kemurahan hati,
menyukai Akhlak yang luhur
dan membenci Akhlak yang rendah”
[ Hαdis Riwαyαt Al-Bαihαqi]

Ø Tidak mengubah ciptaan Allαh SWT
semata-mata ingin kelihatan cantik dan menarik.

Ø Tidak membiarkan diri dieksploitasikan.

Ø Tidak berdandan
dan berhias seperti wanita jahiliyyah.

Ø Tidak menyerupai lelaki.

2. AKHLAK YANG TERPUJI
“ Wanita itu tiang negara.
Seandainya wanita itu baik
maka majulah negara itu
tetapi seandainya wanita itu rosak akhlaknya
maka mundurlah sesebuah negara."

Wanita seharusnya menjaga akhlak
dan tingkahlaku mereka. Fitrah seorang wanita itu lemah lembut, sopan dan menjaga pergaulannya dengan manusia sejagat. Kekalkan fitrah ini
maka Jadilah kamu seorang Wanita Penyejuk Hati.

CARA MENJAGA AKHLAK

Ø Tingkah laku yang sopan
dan tuturkata yang baik,
pemalu dan memelihara batas pergaulan.

Ø Memelihara status diri sebagai anak gadis,
isteri, ibu dan jiran.

Ø Elakkan berdua-duaan
dengan lelaki bukan mahram.

Ø Jauhi 4P. [ pandang-memandang (jaga mata),
pegang, peluk, penzinaan ]

Jangan, Jangan & Jangan:
Bila mata bertentang mata
Kelu lidah untuk berkata-kata
Dalam hati membisik rasa
Hanya engkau yang kucinta!
( inilah akibat tak jaga mata/pandangan )

Ø Tidak melembutkan suara
kepada lelaki yang bukan mahram.

Ø Menjaga hubungan sesama manusia.

3. ILMU PENGETAHUAN
UNTUK MENJADI WANITA YANG BIJAKSANA
Ø 880 kali perkataan ‘ILMU’ disebut dalam Al-Quran
Ø Salah satunya, darjat ditinggikan oleh ALLAH:

"Berdirilah kamu", maka berdirilah,
niscaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
( Surαh Al-Mujαdαlαh, Ayαt 11 )

Dalam hadis nabi juga ada menyatakan,
bersama-sama kita didalam majlis ilmu adalah para malaikat yang memberikan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT dan melabuhkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu.

“Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya
kepada penuntut ilmu kerana suka
kepada perkara yang dilakukannya”
( Abu Dαud )

Ø Ilmu untuk kebahagiaan dunia & akhirat.
Ø Penting untuk menguruskan rumahtangga.
Ø Isteri hebat, suami terpikat
Ø Mendidik anak-anak.
Ø Cantik luaran dan dalaman.
Dalaman juga perlu dijaga sepertimana kita menjaga kecantikan luaran agar ‘keindahan’
di awal perkahwinan terus terpelihara.
Ø Belaian dan urutan sayang.
Ø Fatimah walaupun cantik
tetapi bukan kecantikannya
yang disebut-sebut orang tetapi kecerdikannya
dalam mengendalikan rumah tangganya.

4. ISTERI IDAMAN SUAMI
Jadilah Isteri yang taat pada suami kerana itu
kewajipan kamu dan kamu akan dikurniakan
Syurga di akhirat kelak.

Ø Rahsia bidadari dunia
Ø Taat & hormat suami

Ø 6 sebab isteri perlu mentaati suami:
a. Perintah ALLAH
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena ALLAH telah melebihkan
sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian
yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki)
telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada,
oleh karena ALLAH telah memelihara (mereka)”
[An-Nisα; Ayαt 34]

b. Kedudukan suami sebagai pemimpin
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin
bagi kaum wanita”

c. Kewajipan isteri
Daripada Abu Hurαirαh r.α bahawa Rαsulullαh SAW bersabda yang maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang
supaya sujud kepada seseorang
tentulah aku perintahkan isteri
supaya sujud kepada suaminya.”
[Riwαyαt αt-Tirmidzi, Ibnu Hibbαn,
αl-Bαihαqi dαn αl-Wαhidi]

d. Mendapat Pahala
“Jika seorang wanita itu solat lima waktu,
berpuasa Ramadhan, memelihara kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah dia
(ke dalam syurga) melalui mana-mana
pintu yang dia kehendaki.”
[Diriwαyαtkαn oleh Ibn Hibbαn dαlαm Sαhihnyα]

Dalam hadis turut dinyatakan
tentang kebaikan seorang isteri:
“Seorang isteri yang menyediakan segelas air
untuk suaminya akan mendapat pahala
berpuasa sunat setahun.”

e. Memburu keredhaan ALLAH
“Mana-mana wanita yang meninggal dunia
dalam keadaan suaminya REDHA kepadanya, masuklah isteri ini ke dalam SYURGA”

f. Menjauhi azab api neraka
“Isteri yang DERHAKA
apabila mereka meninggal dunia,
tidak boleh cium bau syurga
apatah lagi nak masuk syurga”
Ø Tiru seperti Sayyadatina Khadijah r.anha yang mendapat istana di dalam syurga.

5. SENYUMAN MANIS
BUAT SUAMI TERCINTA
Sesungguhnya jika suami penat pulang dari kerja,
dan disambut dengan senyuman,
Maka lembutlah hatinya. Sekurang-kurangnya ,
kita tidak menyambut dia dengan muka yg masam
dan tegang. Bermanis mukalah dengan suami,
jika anda ingin menjadi si penyejuk jiwa.

Ø Senyum dapat pahala sedekah,
1 sedekah bersamaan 700 kali ganda
Ø Menurut kajian saintis Barat:
a. Orang yang senyum, adalah awet muda:menggunakan 14 otot muka
b. Orang yang masam muka:
menggunakan 72 otot awet ‘tua’
Ø Sebaik-baik isteri:
“Yang menggembirakan suaminya apabila dia memandang kepadanya.”

6. BERHIAS DAN BERDANDAN
UNTUK SUAMI TERSAYANG
Berhiaslah untuk suamimu, bukan kpd orang ramai terutama bukan mahrammu.
Jagalah penampilanmu di rumah
untuk membahagiakan suamimu,
Berhias di luar rumah untuk tatapan orang ramai,
hanya mengundang fitnah dunia.

Pada suatu hari, malaikat Jibril datang bertemu
dengan Rαsulullαh SAW. Kata Jibril;
“Yα Rαsulullαh, sebentar lagi isterimu Khadijah
akan keluar bawa dulang yang berisi makanan.
Tolong beritahu kepada Khadijah, saya kirim salam.
Tolong beritahu Khadijah yang ALLAH kirim salam.
Dan tolong khabarkan kepada Khadijah
yang sekarang Allah SWT telah menyediakan
sebuah istana di dlm syurga khusus buat Khadijah.”
Rasululullah bertanya;
“Kenapa Khadijah isteri saya
dapat istana didalam syurga?”.
Kata malaikat Jibril as;
“Kerana ALLAH SWT berkenan dua perkara
yang Khαdijαh buat kepadamu, wahai Rαsulullαh.
ALLAH berkenan tutur kata Khαdijαh
yang lemah lembut kepadamu, wahai Rαsulullαh.
ALLAH berkenan tingkah laku layanan yang baik
daripada Khαdijαh kepadamu, wahai Rαsulullαh.”

Ø Alat solek yang paling indah bagi seorang isteri
adalah senyumannya yang manis menghiasi bibir
Ø Celak yg paling indah menghiasi sepasang matanya adalah pandangan yang mesra dan lembut
Ø Pakaian paling cantik yang dipakainya
adalah kelembutan dan kehalusannya
Ø Serta pewangi yang paling harum
yang dipakainya adalah kebersihannya

7. MELUANGKAN MASA UNTUK MERAWAT DIRI
Wanita mempunyai tugas yang cukup berat
untuk membantu suami menguruskan rumahtangga serta anak-anak. Dengan zaman sekarang,
ramai wanita bekerja,membuatkan kaum wanita
jarang merawat diri. Jadilah Wanita yang kuat
sihat tubuh badan kerana itu membantu kita
untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik.

Ø Agar kecantikan tidak diabaikan
Ø Pemakanan yang sihat dan seimbang
serta pelbagai senaman
untuk keharmonian rumahtangga
Ø Nutrient tambahan seperti vitamin
Ø Herba, jamu, ulam-ulaman, air suam
Ø Facial, body massage, sauna, spa, lulur
Ø Pilihan pusat kecantikan yang menurut syarak

8. HATI YANG DIPENUHI
DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)
Ø Buang sifat-sifat mazmudah (keji)
Seperti bersangka buruk, hasad dengki, iri hati, sombong dan sebagainya.

Ø Kata ulama’, ada 4 racun hati yg perlu dihindari:
a. Berlebihan dalam berbicara
b. Berlebihan dalam melihat sesuatu
c. Berlebihan ketika makan
d. Berlebihan dalam pergaulan

9. PENAMPILAN MENGIKUT SYARIAT
Seksi tak bermakna cantik,
Seksi hanya akan menyeksa orang yg melihatnya,
Menyeksa diri anda di akhirat kelak.
Penampilan mengikut Syαriαt itulah yang akan membuatkan anda seorang Muslimαh Sejαti
dan InsyαALLAH akan menjαdi Bidαdαri
di duniα dαn αkhirαt.

Ø Menutup aurat dengan sempurna
Ø Rujuk Surαh An Nur; Ayαt 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain Tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…
(hingga akhir ayat)

Ø Berpakaian taqwa
“Pakaian berupa taqwa itulah sebaik-baiknya”
[Surαh Al-A’rαf; Ayαt 26]

10. SEGERA MEMINTA MAAF
SEKIRANYA BERSALAH
DAN BERSEDIA UNTUK MEMAAFKAN
Sentiasa meminta maaf sekiranya bersalah.
Tidak salah jika kita meminta maaf
kepada sesiapa sahaja yang kita kenali,
kerana kadang-kadang kita tidak sedar,
kita mungkin telah menggurus mana-mana hati.
Jangan kedekut juga untuk memaafkan.
Orang yang sentiasa meminta maaf & memaafkan
akan hidup tenang tanpa permusuhan.

Ø Sifat mulia mewarisi peribadi nαbi SAW
Ø Sifat ahli Syurgα
Ø Maaf & Redha
Ø Antara 5 golongan manusia
yg segera memasuki Syurgα seluas langit & bumi
[Surαh Al-Imrαn; Ayαt 133-135]
133: “Dan bersegeralah kamu kpd ampunan
dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa,”
134: “(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan mema'afkan (kesalahan) orang.
ALLAH menyukai orang-orang yg berbuat kebajikan.”
135: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH, lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa
selain dari pada ALLAH?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
*antara 5 golongan yang dipercepatkan masuk
ke syurga adalah, orang yang saling maaf
-memaafkan antara satu sama lain.

11. BERSABAR MENEMPUH DUGAAN HIDUP
Senjata seorang Wanita adalah SABAR.
Sentiasa pujuk hati untuk BERSABAR.
Sesungguhnya ALLAH sayang
kepada hambaNYA yang kuat bersabar.

Ø Sifat sabar adalah khazanah syurga
Tips/doa untuk diamalkan bagi melembutkan jiwa menempuh dugaan hidup:
a. Al-Imrαn; Ayαt 200
b. Al-Hαsyr; Ayαt 21
c. As-Syuurα; Ayαt 19

Ø Ujian hidup menandakan diri
kita disayangi ALLAH
Ø ALLAH hendak mengampuni segala dosa
Ø ALLAH rindu hendak mendengar suara
dari hamba-hambaNya
Ø Banyak berdoa kepada ALLAH
& jangan berputus asa
Ø Sabar & syukur

12. SENTIASA MENDERMA
DAN BERINFAQ KE JALAN KEBAJIKAN

Contohi Saidatina Khatijah
yang suka menderma dan berinfaq
ke jalan kebajikan. Setiap kebajikan
yang kita lakukan, InsyaALLAH dikurniakan
ganjaran dari ALLAH Ta'ala.
Jangan bazirkan rezeki yang anda ada
untuk membeli alat solek, pakaian
yg sememangnya sudah banyak dlm simpanan.

“Bandingan (derma) orang-orang
yg membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah),
ALLAH akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
[Al-Baqarah; ayat 261]

Ø Orang yang pemurah dikasihi ALLAH
Ø Orang yang pemurah dekat dengan syurga
Ø Orang yang pemurah jauh dari api neraka
Ø Sedekah, zakat…
hidup akan mendapat keberkatan daripada ALLAH

13. BERSIFAT PENYAYANG KEPADA ANAK-ANAK
DAN MENDIDIK MEREKA MENJADI ANAK
YANG SOLEH DAN SOLEHAH
Belajar cara mendidik anak dengan cara yg betul,
gunakan pendekatan yang sesuai
dengan jantina dan usia anak-anak.
Jangan mendidik dengsn kekerasan
kerana itu bukanlah cara yang betul.
Anak adalah amanah dari ALLAH,
Didiklah mereka sebaiknya,
agar kita boleh berlapang dada.

Ø Al-Aqrαk bin Hααbis hairan melihat Nαbi SAW
memeluk Hαssαn kerana beliau mempunyai sepuluh orang anak, namun tidak pernah memeluk
seorang pun daripada mereka.
Lelaki itu merasa terkejut dan berkata kehairanan:
"Tuan mencium anak-anak lelaki?,
Aku punya sepuluh orang anak lelaki,
aku tidak pernah mencium salah seorang pun
diantara mereka."

Rasulullah segera memberikan jawapan yg keras
sesuai dengan kekerasan hati lelaki itu,
dengan jawapan yg kasar sesuai dengan
kekasaran tingkah laku lelaki itu
terhadap anak-anaknya. Beliau berkata:
" Aku tidak kuasa menjamin jika ALLAH
mencabut kasih sayang dari hatimu."
(HR. Bukhαri)

Ketika orang itu merasa hairan dengan
tindakan Nαbi s.α.w.,
orang itu berkata kepada beliau: "Kamu mencium anak-anak? Kami tidak pernah melakukannya."
Maka Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu:
"Sesiapa yang tidak menyayangi
maka dia tidak akan disayangi." (HR. Bukhαri)

Ø Tunjukkan kasih sayang
dengan kata-kata dan perbuatan
sebelum segala-galanya menjadi terlambat.
Ø Didik anak-anak ke jalan yg diredhai oleh ALLAH.

14. MEMPUNYAI PERASAAN TAKUT KEPADA ALLAH
Takut pada ALLAH akan buatkan kita takut
untuk mendapat kemurkaan dari ALLAH.
Takut untuk melakukan dosa
dan sentiasa mendekatkan diri padaNYA.

Ø Orang yang takut kepada ALLAH
akan memperolehi 2 syurga
[Surαh Ar-Rαhmαn; Ayαt 46]
Ø Kisah segelas air mata
Ø Persediaan bertemu Allah SWT

15. MENDAPAT KEREDHAAN IBUBAPA
Keredhaan ibubapa itu adalah penting.
Kebanyakkan perempuan zaman sekarang,
walaupun belum bersuami, hanya teman lelaki,
sudah lupakan ibubapa. Wanita yang Solehah,
Wanita Penyejuk Hati adalah
Wanita yg sentiasa memuliakan ibubapanya.

Walaupun sudah bersuami,
tetapi tanggungjawab kita untuk sentiasa
memuliakan ibubapa masih ada.
Suami keutamaan tidak bermakna tanggungjawab
pada ibubapa sudah hilang sepenuhnya.
Ibubapa masih perlu dihormati dan dikasihi.

Ø Ibu bapa menduduki tempat
yang paling istimewa di dalam Islam.
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu
agar jangan kamu sembah melainkan
hanya kepada ALLAH dan berbuat baiklah
kepada kedua ibu bapamu.”
[Surαh Al-Isrα’; Ayαt 23]
Ø Kesusahan ibu mengandung & melahirkan digambarkan oleh ALLAH
dalam Al-Qurαn dalam Surαh Luqmαn Ayαt 14
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah,
dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Ø Keredhaan ALLAH bergantung kepada ibu bapa
dan kemurkaan ALLAH juga bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.
Ø Berbaktilah kepada ibu bapa sebelum terlambat.

********************************
Semoga perkongsian ini dapat disebarkan
kepada orang lain, Semoga ada kebaikan
yang tersebar di kalangan kita.
Doakan sama-sama kita
dapat menjadi anak yang soleh dan solehah.
Impikan Syurga di akhirat nanti.
InsyαALLAH, Aαmiin. . .

Wαllαhuαlαm.

SUMBER http://muhammadramahray.blogspot.com/2012/09/15-tips-penyejuk-hati.html



Comments

Popular posts from this blog

Perbedaan Antara Khuluq dan Khalq

Kata khuluq berarti suatu perangai (watak, tabiat) yang menetap kuat dalam jiwa seseorang dan merupakan sumber timbulnya perbuatan-perbuatan tertentu dari dirinya, secara mudah dan ringan, tanpa perlu dipikirkan atau direncanakan sebelumnya.

Mendoakan Orang Lain

Seperti biasa, pada sepertiga malam terakhir, Sayyidah Fathimah — putri kesayangan Rasulullah saw senantiasa melaksanakan shalat tahajud di rumahnya. Terkadang, ia menghabiskan malam-malamnya dengan qiamu lail dan doa . Hasan bin Ali, putranya, sering mendengar munajat sang bunda.